>المصدر<


[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
Lihat postingan asal bayan ini


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
10 - 08- 1436 هـ
28 - 05 - 2015 مـ
05:46 صباحاً
ـــــــــــــــــ



من الإمام المهديّ إلى الزعيم على عبد الله صالح والسيد عبد الملك الحوثي وصاحب السمو الملكي سلمان بن عبد العزيز آل سعود وقادة العرب والمسلمين..

Dari Imam Mahdi kepada Pemimpin Ali Abdullah Saleh, Sayyid Abdul Malik Al-Houtsi, dan Duli Yang Mulia Raja Salman bin Abdul Aziz Keluarga Saud, dan kepada pemimpin-pemimpin Arab dan kaum muslimin..



بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة الأنبياء والمرسلين من أولهم إلى خاتمهم محمد رسول الله وآلهم الطيبين وجميع المؤمنين في كلِّ زمانٍ ومكانٍ إلى يوم الدين، أمّا بعد..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh Para Nabi dan Rasul dari yang pertama hingga yang terakhir Muhammad Rasulullah SAW, ke atas ahli keluarga mereka yang baik serta semua orang yang beriman pada setiap waktu dan tempat hingga Hari Pembalasan, amma ba'd..


فاتقوا الله الواحد القهار واستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى محكم القرآن العظيم لنحكم بينكم فيما كنتم فيه تختلفون في دينكم وننسف تعدد الأحزاب المذهبيّة والسياسيّة في دين الله فتصبحوا بنعمة الله إخواناً، فإن كنتم مسلمين فاستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى آيات الله المحكمات البيّنات في القرآن العظيم، ولن تستجيبوا إلا إذا كنتم لا تزالون مسلمين. تصديقاً لقول الله تعالى:
{فَإِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَى وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاء إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ ﴿52﴾ وَمَا أَنتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَن ضَلَالَتِهِمْ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ ﴿53﴾} صدق الله العظيم [الروم].

Bertakwalah kalian kepada Allah, penuhilah seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Muhkam Al-Qur'an yang agung, agar kami putuskan di antara kalian pada perkara yang kalian perselisihkan dalam agama kalian, kami hancurkan berbilang-bilang kelompok mazhab dan parti-parti politik dalam agama Allah, supaya kalian menjadi umat yang bersaudara.

Jika kalian ini benar-benar orang Islam, orang-orang yang berserah diri kepada Allah, maka sambutlah seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan ayat-ayat Allah yang muhkamat, ayat-ayat yang jelas lagi menjelaskan dalam Al-Qur'an, dan kalian tidak akan memenuhi seruan dakwah ini, melainkan sekiranya kalian masih benar-benar seorang muslim yang berserah diri hanya pada Allah.

Pembenaran terhadap firman Allah:

Maka sesungguhnya kamu tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tuli dapat mendengar seruan, apabila mereka itu berpaling membelakang. (52)

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta [mata hatinya] dari kesesatannya. Dan kamu tidak dapat memperdengarkan [petunjuk Tuhan] melainkan kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang yang berserah diri [kepada Kami]. (53)
Maha Benar Allah
[Ar-Ruum]


وأشهد الله وكفى بالله شهيداً أنّي الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أدعو صاحب السمو الملكي سلمان بن عبد العزيز والزعيم علي عبد الله صالح والسيد عبد الملك الحوثي ومن والاهم من كافة الدول إلى أن يستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم لحقن دماء المسلمين في اليمن وفي كافة الدول العربيّة والإسلاميّة. وربما يودّ أحد السائلين أن يقول: "يا ناصر محمد اليماني، إنّما من يفقه آيات الله بالقرآن العظيم هم العلماء". فمن ثم نردّ على كافة السائلين ونقول: إنّ حكم الله بينكم قد جعله الله في آياتٍ محكماتٍ من آيات أمّ الكتاب يفقهها كلّ مسلمٍ ذو لسانٍ عربيٍّ مبينٍ كونها آيات بيّنات لعلماء الأمّة وعامة المسلمين. وعلى سبيل المثال حين تجدون ناصر محمد اليماني يحكم بتحريم تعدد الأحزاب المذهبيّة والسياسيّة في دين الله فمن ثم تجدوننا نأتي بحكم التحريم من محكم القرآن العظيم. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ} صدق الله العظيم [آل عمران:105].

Aku bersaksikan Allah, cukuplah bagiku Allah sebagai saksi, sesungguhnya akulah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, aku seru Duli Yang Mulia Raja Salman bin Abdul Aziz, Pemimpin Ali Abdullah Saleh, Sayyid Abdul Malik Al-Houtsi, serta semua pendukung bagi pemimpin-pemimpin yang dinyatakan ini dari seluruh negara, supaya memenuhi panggilan dengan menyambut seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, untuk mencegah terjadinya pertumpahan darah kaum muslimin di Yaman, juga untuk mencegah pertumpahan darah kaum muslimin di negara-negara Arab dan di seluruh negara Islam.

Barangkali ada seseorang dari kalangan yang bertanya mahu mengatakan:

" Wahai Naser Mohammed Al-Yamani, sesungguhnya mereka yang memahami ayat-ayat Allah dalam Al-Qur'an yang agung hanyalah para ulama".

Untuk ini kami balas semua yang bertanya, kami katakan:

Sesungguhnya Allah telah menjadikan hukum keputusan-Nya antara kalian pada ayat-ayat Muhkamat, ayat-ayat induk yang menjadi ibu dan intipati kandungan Al-Qur'an berupa Ummul Kitab, yang dapat difahami oleh setiap muslim yang dapat berbahasa arab dengan jelas, kerana ayat-ayat Muhkamat itu adalah ayat-ayat Al-Qur'an yang jelas lagi menjelaskan untuk ulama umat dan kaum muslimin umumnya.

Sebagai contoh, apabila kalian mendapati Naser Mohammed Al-Yamani membuat hukum keputusan, dengan melarang berbilang-bilang kelompok mazhab dan partai politik dalam agama Allah, maka sebagai keputusannya kalian temukan bahawa kami mendatangkan hukum larangan itu dari Muhkam Al-Qur'an yang agung.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Dan janganlah kalian menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksaan yang besar, (105)
Maha Benar Allah
[Keluarga 'Imran]



وتصديقاً لحكم الله في قوله تعالى:
{وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ} صدق الله العظيم [آل عمران:103].

Juga sebagai pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Dan berpeganglah kalian semua kepada Tali Allah, dan janganlah kalian bercerai berai, dan ingatlah akan ni’mat Allah kepada kalian, ketika kalian dahulu [masa Jahiliyah] bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kalian, lalu menjadilah kalian karena ni’mat Allah itu sebagai orang-orang yang bersaudara; dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk. (103)
Maha Benar Allah
[Keluarga Imran]


والقرآن العظيم يخاطب من أسلم لله ربّ العالمين في كلِّ زمانٍ ومكانٍ بعدم التفرِّق في دين الله كون تفرّق المسلمين إلى شيعٍ وأحزابٍ تحت مسمّى المذهبيّة هو السبب الرئيسي في فشل المسلمين حتى صار حالهم كما هم اليوم يقتلون بعضهم بعضاً وذهبت ريحهم. تصديقاً لفتوى الله في محكم كتابه:
{قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَى أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَاباً مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعاً وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُون} صدق الله العظيم [الأنعام:65].

Al-Qur'an yang agung menyatakan kepada orang-orang yang berserah diri hanya kepada Allah Tuhan Semesta Alam pada setiap masa dan tempat, supaya mereka tidak memecah belah dan bercerai-berai dalam agama Allah, kerana tidak adanya kesatuan kaum muslimin yang berpecah belah di bawah nama mazhab-mazhab menjadi berpuak-puak itu, telah menjadi penyebab utama atas ketakutan dan kelemahan kaum muslimin, sehinggalah keadaan mereka menjadi sebagaimana mereka pada hari ini, saling bunuh membunuh antara satu sama lain, yang melenyapkan kekuatan mereka.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Katakanlah: "Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepada kalian, dari atas kalian atau dari bawah kaki-kaki kalian, atau Dia mencampurkan kalian dalam golongan-golongan [yang saling bertentangan], dan merasakan kepada sebahagian] kalian keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti agar mereka memahami. (65)
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]


وقال الله تعالى:
{وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِين} صدق الله العظيم [الأنفال:46].

Firman Allah Ta'ala:
Dan ta’atlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kalian berbantah-bantahan, yang menyebabkan kalian menjadi gentar dan hilang kekuatan kalian dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (46)
Maha Benar Allah
[Al-Anfaal]


وإني الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أشهد الله وكفى بالله شهيداً أني لا أنتمي لأيٍّ من الأحزاب المذهبيّة والسياسيّة ولست منهم في شيء جميعاً. تصديقاً لقول الله تعالى:
{إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ وَكَانُواْ شِيَعاً لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ(159)} صدق الله العظيم [الأنعام].

Sesungguhnya aku adalah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, aku bersaksikan Allah dan cukuplah bagiku Allah sebagai saksi, bahawasanya aku tidak termasuk pada mana-mana
golongan dari kelompok mazhab atau bergabung dengan mana-mana parti politik, dan aku tidak termasuk dalam golongan mereka pada suatu apapun, tiada kaitan denganku sedikitpun pada perkara yang mereka perbuat.


Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka [terpecah] menjadi beberapa golongan, tiadalah engkau termasuk dalam golongan mereka pada suatu apapun. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah [terserah] kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. (159)
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]


فهل هذه الآيات لا يفقهها إلا علماء المسلمين أم إنّه يفقهها علماء الأمّة وعامة المسلمين كونها آيات بيّنات لكلّ ذي لسانٍ عربيٍّ مبينٍ ولا يكفر بها إلا الفاسقون؟ تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَلَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكَ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ وَمَا يَكْفُرُ بِهَا إِلاَّ الْفَاسِقُونَ (99)} صدق الله العظيم [البقرة].

Adakah ayat-ayat ini tidak difahami kecuali oleh ulama muslimin, ataukah ianya dapat difahami oleh ulama dan juga semua kaum muslimin, kerana ianya merupakan ayat-ayat yang terang nyata bagi semua yang memahami bahasa arab yang jelas, dan tiadalah yang mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik
?

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (99)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]


فاسمعوا وعوا لما سوف نفتيكم به بالحقّ مزكّيه بالقسم بالحقّ قسمَ المهديّ المنتظَر وليس قسم كافرٍ ولا فاجرٍ:
وأقسم بالله الواحد القهار أنكم لن تجدوا حلاً لما يحدث في اليمن وفي البلاد العربيّة والإسلاميّة حتى تستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى الله ربّ العالمين، وما على الإمام المهديّ إلا أن يستنبط لكم حكم الله من محكم كتابه؛ بل الله هو الحَكَمُ بينكم فيما كنتم فيه تختلفون في دين الله. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ (10)} صدق الله العظيم [الشورى].

Maka dengar dan sadarlah kalian terhadap perkara yang akan kami nyatakan kepada kalian dengan kebenaran, yang diperkuat oleh sumpahan dengan kebenaran, sumpah dari Al-Mahdi Al-Muntazhar, bukan sumpah orang kafir atau orang yang berbuat maksiat:

Aku bersumpah demi Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, sesungguhnya kalian tidak akan temukan solusi penyelesaian bagi masalah yang terjadi di Yaman, juga bagi seluruh permasalahan yang terjadi di negara-negara Arab dan di negara Islam, sehinggalah kalian menyambut seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan hukum Allah Tuhan Semesta Alam, dan tiadalah bagi Al-Imam Al-Mahdi selain mengeluarkan hukum-hakam keputusan Allah untuk kalian dari Muhkam Kitab-Nya; bahkan Allah-lah yang menghakimi dan memutuskan di antara kalian, pada setiap perkara yang kalian perselisihkan dalam agama Allah.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kalian berselisihan padanya, maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (10)
Maha Benar Allah
[Asy-Syuuraa]


ويا صاحب السمو الملكي سلمان بن عبد العزيز كفْ الحرب على اليمن بحجّة تحقيق أمن المملكة من التمدد الشيعي فقد قُتل كثيرٌ من الأبرياء والضعفاء والمساكين بسبب العاصفة، واستجِب وقاداتَ الأحزاب في اليمن إلى الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم فلن يسود الأمن والأمان في الجزيرة العربيّة وفي كافة الدول الإسلاميّة إلا بنفي التعدديّة المذهبيّة والسياسيّة في دين الله، فإن استجبتم أصبحتم بنعمة الله إخواناً، ولا نريد ملككم ولا ملكوتكم جميعاً إلا أن تحكموا بما أنزل الله حتى لا تكونوا ظالمين لأنفسكم ولأمّتكم. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (45)}
صدق الله العظيم [المائدة].

Wahai Duli Yang Mulia Raja Salman bin Abdul Aziz, berhentilah memerangi Yaman dengan alasan untuk keamanan Saudi Arabia dari perkembangan Syi'ah dan semakin meluasnya pengaruh mereka, kerana sesungguhnya telah ramai yang terbunuh dari kalangan orang-orang yang tidak bersalah, orang-orang yang lemah, juga orang-orang miskin yang terbunuh disebabkan oleh (operasi) badai.

Maka sambutlah wahai Duli Yang Mulia Raja Salman bin Abdul Aziz, juga para pemimpin kelompok dan golongan-golongan di Yaman, sambutlah seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, kerana keamanan dan keselamatan tidak akan mendominasi dan menyebar di Jazirah Arab dan di seluruh negara Islam, kecuali dengan menafikan dan menyangkal berbilang-bilang mazhab dan berbeza-beza parti politik dalam agama Allah.

Sekiranya kalian menyambut seruan ini, maka menjadilah kalian semua kerana nikmat Allah semata-mata sebagai orang-orang yang bersaudara, kami tidak mahu menguasai kalian atau menginginkan kerajaan kalian seluruhnya, kecuali (kami mahu) agar kalian berhukum dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah, supaya kalian tidak menjadi orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri beserta umat mereka.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Barangsiapa tidak memutuskan perkara dengan berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (45)
Maha Benar Allah
[Al-Maa'idah]


أليس حكم الله بينكم بالحقّ هو خير من حكم الأمم المتحدة على الظلم التي لا تنطق بالحقّ إذا لم يصب في مصالحهم؟ أليس حكم الله هو أحسن حكماً وأقوم عدلاً؟ فتذكروا قول الله تعالى:
{أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْماً لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ} صدق الله العظيم [المائدة:50]. فما خطبكم تستهينون بدعوة الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني الذي يدعوكم إلى الله ليحكم بينكم فيما كنتم فيه تختلفون؟ فهل تأمنوا مكر الله. فما ظنّكم بربّ العالمين! ويوشك الله أن يغضب لكتابه ثم لا تجدون لكم من دون الله ولياً ولا نصيراً.

Bukankah hukum Allah antara kalian dengan kebenaran itu lebih baik untuk kalian dari hukum Perserikatan Bangsa-bangsa - PBB (United Nations), yang berada atas ketidakadilan serta kezaliman, yang tidak memberikan penghakiman dengan kebenaran tatkala ianya tidak menjejaskan kemaslahatan mereka? Bukankah hukum Allah itu adalah hukum yang terbaik, yang paling telus dan yang paling adil
?

Ingatlah kalian akan firman Allah Ta'ala:

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan [hukum] siapakah yang lebih baik daripada [hukum] Allah bagi orang-orang yang yakin? (50)
Maha Benar Allah
[Al-Maa'idah]

Apa urusan dan kepentingan kalian hinggakan kalian menganggap enteng dengan memandang remah seruan dakwah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, yang menyeru dan mengajak kalian kembali kepada (hukum) Allah agar menghukumi antara kalian pada perkara yang kalian perselisihkan
?

Adakah kalian ini merasa aman dari azab seksaan Allah, apakah anggapan kalian terhadap Tuhan Semesta Alam
!

Hampir sahaja Allah marah dan murka kerana aturan Kitab-Nya (tidak dilaksanakan), lalu kemudian kalian tidak akan mendapatkan sesiapapun sebagai pembela maupun penolong untuk kalian selain dari Allah



ويا أيها الزعيم علي عبد الله صالح ويا أيها السيد عبد الملك الحوثي كونوا صادقين مع ربّكم ومع أنفسكم ومع شعبكم وأذعنوا للاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم لتنقذوا شعبكم ويمنَكم من شرّ أنفسكم ومن شرّ أوليائكم ومن شرّ طوائف الأحزاب ومن شرّ سلمان بن عبد العزيز ومن شرّ أوليائه وحلفه، واعلموا أنّ الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني إمام السلام في العالم يسعى إلى تحقيق السلام العالميّ بين شعوب البشر وإلى التعايش السلميّ بين المسلم والكافر ويحرّم كافة أنواع التطرف والإرهاب فلا إكراه في دين الله فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر وما علينا إلا البلاغ وعلى الله الحساب، وجعل الجنة لمن شكر والنار لمن كفر. وقال الله تعالى :
{وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ۚ وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ ۚ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا} صدق الله العظيم [الكهف:29].

Wahai Pemimpin Ali Abdullah Saleh, wahai Sayyid Abdul Malik Al-Houtsi, jadilah kalian sebagai orang-orang yang benar dengan Tuhan kalian, benar dengan diri kalian sendiri dan benar dengan rakyat kalian, patuh dan taatlah kalian semua dengan kembali berhukum menggunakan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, agar kalian dapat menyelamatkan rakyat kalian dan negara Yaman dari kejahatan diri kalian sendiri, dari kejahatan teman-teman setia kalian, dari kejahatan kelompok-kelompok dan parti-parti kalian, dari kejahatan Salman bin Abdul Aziz beserta penolong-penolong dan sekutu-sekutunya.

Ketahuilah oleh kalian bahawasanya Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed
Al-Yamani adalah Imam keamanan dunia yang gigih berusaha, untuk merealisasikan dan menjadikan keamanan Islam sejagat sebagai kenyataan antara bangsa-bangsa manusia di dunia, untuk menjadikan kehidupan Islam yang damai antara muslim dan non-muslim terealisasi, dengan mengharamkan segala bentuk extrimisme, radikalisme dan terorisme, dan tentunya tiada paksaan dalam agama (untuk memeluk) Islam agama Allah.

Barangsiapa yang mahu percaya dengan beriman kepadanya, maka dia dipersilakan, dan barangsiapa yang mahu mengingkarinya, maka biarkan dia mengingkarinya kerana tiadalah yang menjadi kewajiban bagi kami ini selain menyampaikan, sedang Allah-lah yang membuat perhitungan terhadap mereka itu, Allah Ta'ala telah menjadikan Syurga bagi mereka yang bersyukur, dan Dia telah menjadikan Neraka bagi mereka yang kufur.

Allah Ta'ala berfirman:

Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhan kalian; maka barangsiapa yang ingin [beriman] hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin [kafir] biarlah ia kafir". Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. (29)
Maha Benar Allah
[Al-Kahfi]


وما أمَرنا الله أن نُكرِه الناس حتى يكونوا مؤمنين. تصديقاً لقول الله تعالى:
{لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنْ الغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدْ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ(256)} صدق الله العظيم [البقرة].

Allah tidak memerintahkan kita untuk memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (256)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]


ألا وأن الإمام المهديّ ليعلن حرية العبادة فمن استجاب إلى عبادة الله وحده أنجاه الله من عذاب الحريق، ومن عبد غير الله غوى وهوى وكأنّما خَرَّ من السماء فتخطَفه الطير أو تهوي به الريح إلى مكانٍ سحيقٍ، ألا وأن مبدأ حرية العبادة هو بين العبيد فاعبدوا ما شئتم وإنما علينا البلاغ وعلى الله الحساب الربّ المعبود وحده لا شريك له، وليست حرية العبادة بين العبيد حكم الإمام المهديّ من عند نفسي بل حكم الله في محكم كتابه في قول الله تعالى:
{قُلِ اللَّـهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَّهُ دِينِي ﴿١٤﴾فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُم مِّن دُونِهِ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ﴿١٥﴾ لَهُم مِّن فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِّنَ النَّارِ وَمِن تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّـهُ بِهِ عِبَادَهُ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ ﴿١٦﴾}صدق الله العظيم [الزمر].

Ingatlah, sesungguhnya Al-Imam Al-Mahdi mengisytiharkan kebebasan beragama, maka barangsiapa yang menyambut dengan menerima untuk beribadah hanya kepada Allah Yang Maha Esa semata-mata, maka Allah akan menyelamatkannya dari azab seksaan yang membakar, dan barangsiapa yang menyembah selain Allah, maka dia keliru dan binasa, seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dia diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

Ingatlah, bahawasanya prinsip kebebasan beragama itu adalah antara para hamba, maka sembahlah oleh kalian apa-apa yang kalian kehendaki, sesungguhnya kewajiban kami adalah menyampaikan, sedang perhitungannya adalah di atas Tuhan yang disembah, Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, kebebasan beragama antara para hamba bukanlah hukum keputusan Al-Imam Al-Mahdi yang datang dari diriku sendiri, namun ianya adalah hukum keputusan Allah dalam Muhkam kitab-Nya pada firman Allah Ta'ala:

Katakanlah lagi: Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya. (14)

(Setelah kalian mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik dan kalian masih juga berdegil) maka sembahlah apa yang kalian kehendaki, yang lain dari Allah, (kalian akan mengetahui akibatnya). Katakanlah lagi: Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada Hari Kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata. (15)

Bagi mereka (yang kafir disediakan) lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: Oleh itu, bertakwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu! (16)
Maha Benar Allah
[Az-Zumar]


وإنما الأحكام الجبريّة التي سوف يطبقها المهديّ المنتظر على كلّ البشر المسلم منهم والكافر هو تطبيق حدود الله التي تمنع ظلم الإنسان لأخيه الإنسان حتى نمنع الفساد في الأرض فنحمي المسلم ونحمي الكافر من ظلم بعضهم بعضاً.

Hanya sahaja undang-undang wajib yang kelak akan diterapkan oleh Al-Mahdi Al-Muntazhar ke atas semua manusia yang muslim di antara mereka maupun yang non-muslim, adalah pelaksanaan terhadap hukuman-hukuman Allah -Hudud Allah- yang mencegah kezaliman manusia terhadap saudaranya sesama manusia, agar kita cegah terjadinya kerosakan di muka bumi, maka kita lindungi orang Islam dan juga bukan Islam, dari terjadinya kezaliman sebahagian mereka terhadap sebahagian yang lain.


ويا معشر المسلمين وكافة العالمين فلِتعْلَموا أنّ الله بعث الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني رحمةً للعالمين، فقد مُلئت الأرض جوراً وظلماً ونريد أن نملأها بإذن الله قسطاً وعدلاً فنحقق السلام العالميّ بين شعوب البشر ونحقق التعايش السلمي بين المسلم والكافر وننفي الإرهاب والتطرف بكافة أشكاله وألوانه ونرسي المبادئ الحقّ والدستور الربّاني رحمةً للعالمين، فاستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى كتاب الله يا معشر المسلمين والنصارى واليهود خيرٌ لكم فتصبحوا بنعمة الله إخواناً، فليس لدى الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني عنصريّة ولا طائفيّة ولا مناطقيّة ولا عِرقيّة ولا حميّة الجاهليّة؛ بل نحكم عدلاً بالقول الفصل وما هو بالهزل، فإذا لم يعجبكم بياني هذا فكيدوني جميعاً ثم لا تنظرون، إني توكلت على الله ربّي وربّكم نعم المولى ونعم النصير، أليس الله بكافٍ عبده؟ قل لن يصيبنا إلا ما كتب الله لنا هو مولانا وعلى الله فليتوكل المؤمنون. وسلامٌ على المرسلين والحمد لله ربّ العالمين..

Wahai sekalian orang Islam dan manusia seluruh alam, ketahuilah kalian bahawasanya Allah telah mengutus Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani sebagai rahmat untuk sekalian alam, kerana sungguh bumi ini telah dipenuhi dengan penindasan serta kezaliman, dan kami ingin memenuhi bumi ini dengan kejujuran dan keadilan dengan izin Allah, dengan merealisasikan keamanan Islam sejagat di persada antarabangsa untuk manusia.

Kita jadikan kehidupan Islam yang aman antara muslim dan non-muslim menjadi sebuah kenyataan, kita nafikan dengan sanggahan terhadap terorisme, extrimisme dan radikalisme dalam segala rupa dan bentuknya, kita yang menetapkan dengan menentukan prinsip-prinsip kebenaran yang hak, kita tegakkan perlembagaan dari peraturan perundangan Tuhan sebagai rahmat untuk seisi alam.

Maka sambutlah oleh kalian akan seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah wahai sekalian Muslim, Nasrani, dan Yahudi, kerana itulah yang lebih baik buat kalian, supaya kalian semua menjadi kerana nikmat Allah semata-mata sebagai orang-orang yang bersaudara, dan tiada pada Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani sebarang perkauman, berpuak-puak, diskriminasi, atau kesombongan-kesombongan jahiliyah; bahkan kami menghukumi secara adil dengan perkataan yang memisahkan antara yang hak dan yang batil, dan sekali-kali ianya bukanlah senda gurauan.

Maka dari itu, sekiranya kalian tidak menyukai keteranganku ini, maka jalankanlah tipu daya kalian semuanya terhadapku, dan janganlah kalian beri tangguh kepadaku, sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kalian, Dia-lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong, bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya
?

Katakanlah, tidak akan ada suatu musibah apapun yang menimpa kami kecuali apa-apa yang telah Allah tetapkannya bagi kami, kerana Dia-lah Penolong yang melindungi kami, maka hendaklah orang-orang yang beriman bertawakkal kepada-Nya.

Salam ke atas para Rasul dan segala pujian
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam.


خليفة الله وعبده الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Khalifah Allah dan hamba-Nya, Al-Imam Al-Mahdi

Naser Mohammed Al-Yamani

ــــــــــــــــــــ


sumber:
http://www.the-greatnews.com/showthread.php?t=22802

http://www.the-greatnews.com/showthread.php?p=190449